Lima aksesori modular Moto Mods yang dihasilkan untuk peranti Lenovo Moto Z dan Z Play adalah antara aksesori paling menarik sepanjang 2016. Setakat ini aksesori kamera Hasselblad dan projektor Insta-Share adalah yang paling mendapat sambutan di kalangan pengguna. Pihak Lenovo mengesahkan Moto Mod kamera Project Tango akan dihasilkan di masa hadapan.
Dengan aksesori ini, pengguna boleh menggunakan sistem VR dan juga AR seperti yang wujud pada Lenovo Phab 2 Pro. Tiga buah kamera digunakan bagi membolehkan imbasan dilakukan untuk tujuan pemetaan. Spesifikasi Moto Mod Tango dan tarikh ia akan dilancarkan masih belum diumumkan. Kepada yang tidak berminat dengan Phab 2 Pro tetapi mahukan kamera berteknologi AR ini ialah mod yang amat dinantikan.