Senarai Peranti Huawei Yang Akan Menerima Kemas Kini Android Nougat Diumumkan

Senarai Peranti Huawei Yang Akan Menerima Kemas Kini Android Nougat Diumumkan

Diterbitkan pada Dis 1, 2016 oleh .

Kemas kini ke sistem operasi terkini adalah perlu bagi memastikan kelancaran peranti, sokongan aplikasi dan juga mengukuhkan sekuriti. Pada platform Android kemas kini hadir agak lambat dan bergantung kepada ehsan pengeluar. Huawei sudahpun mengumumkan senarai peranti yang akan menerima kemas kini Android Nougat dan EMUI 5.0.

Huawei P9 EMUI 5.0Senarai diumumkan oleh Huawei Itali hanya mengandungi enam peranti seperti yang tertera di bawah. Kemas kini akan diterima di dalam suku pertama 2017. EMUI 5.0 dan Android Nougat membawa beberapa fungsi baru seperti kemampuan menggunakan talam aplikasi dan sistem Split View bagi melancarkan dua aplikasi serentak. Tidak diketahui sama ada Huawei akan menambah jumlah peranti ke dalam senarai ini.

  1. Huawei P9
  2. Huawei P9 Plus
  3. Huawei P9 lite
  4. Huawei Mate 8
  5. Huawei Nova
  6. Huawei Nova Plus

 


TIPS & ULASAN