Cari @ Amanz

Peranti realiti maya membolehkan pemain menyelami dunia fantasi dengan lebih mendalam. Bagi memudahkan interaksi alat kawalan khas dihasilkan oleh pengeluar seperti Sony dan Oculus. Samsung telahpun memfailkan paten baru untuk Gear VR mereka tahun lalu yang menyokong sistem kawalan menggunakan mata dan kepala.

gear-vr-pengesan-mata-dan-kepala-1 Dengan sistem kawalan menjejak pergerakan mata (eye tracking)  pengguna boleh pergi ke kawasan tertentu di dalam dunia maya tanpa memerlukan pengawal berasingan. Sistem kamera diletakkan di dalam Gear VR bagi menjejak pergerakan mata pengguna. Sementara itu lampu LED pada bahagian luar dan kamera tambahan digunakan bagi menjejak pergerakan kepala. Ini adalah seperti yang digunakan pala PlayStation VR.

Paten difailkan Mei tahun lalu dan hanya diumumkan semalam.  Tidak diketahui sama ada dua teknologi ini akan digunapakai dalam masa terdekat.

gear-vr-pengesan-mata-dan-kepala-2

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd