Fitbit Dilaporkan Ingin Mengambil-Alih Pebble

Fitbit Dilaporkan Ingin Mengambil-Alih Pebble

Diterbitkan pada Dis 1, 2016 oleh .

Fitbit merupakan nama yang tidak asing dalam arena pengeluaran peranti boleh-pakai, terutamanya berkaitan dengan jam tangan pintar dan gelang tangan pintar yang memfokuskan kepada kecergasan. Terkini, laporan baru hadir mengatakan Fitbit dalam perbincangan untuk mengambil-alih pengeluar Pebble.

Pebble merupakan jam tangan pintar yang popular dan telah memulakan perjalanan melalui KickStarter. Merkea menggunakan sistem operasi tersendiri, dan menawarkan masa penggunaan jam tangan pintar yang lebih lama berbanding beberapa pengeluar lain.

Pebble 2

Menurut laporan The Information, Fitbit mungkin mengambil-alih harta intelek Pebble seperti sistem operasi, tetapi akan menamatkan penggunaan jenama Pebble tersebut sendiri.

Pebble sendiri diperkatakan sedang mencari pembeli untuk beberapa ketika, dan mempunyai cabaran dalam kewangan syarikat mereka.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi sama ada pengambil-alihan ini akan berlaku atau tidak, dan sekiranya ya, bilakah ia akan diumumkan secara rasminya.


TIPS & ULASAN