Cari @ Amanz

Samsung Malaysia hari ini secara rasminya telah mengumumkan yang mana mereka akan mula menjual jam tangan pintar terbaru mereka berasaskan sistem operasi Tizen, iaitu Gear S3. Di Malaysia, ia boleh didapati daripada para pengedar rasmi Samsung seluruh negara bermula 8 Disember 2016.

Samsung Gear S3 hadir dalam dua variasi, iaitu Gear S3 Frontier, dan juga Gear S3 Classic. Membezakannya adalah dari segi rekaan, dimana Frontier membawakan rekaan yang lebih moden dan rugged, sementara Gear S3 Classic lebih ditujukan kepada mereka yang inginkan rekaan elegan dan minimalis.

gears3_01

Samsung Gear S3

Kedua-duanya menggunakan skrin 1.3-inci Super AMOLED, dan dijana menggunakan cip dwi-teras 1.0GHz, serta memori 768MB RAM. Ia hadir dengan bateri 380mAh yang dikatakan menawarkan masa penggunaan selama 4 hari. Gear S3 menyokong pengecasan tanpa-wayar, selain turut dilengkapi sokongan kalis air.

Ia boleh digunakan bersama sebarang peranti Android, dan turut menyertakan sokongan NFC serta MST untuk pembayaran Samsung Pay.

Kedua-dua versi jam tangan pintar ini membawakan harga jualan sama, iaitu RM1399.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd