Cari @ Amanz

Seagate, nama yang tidak asing lagi dalam arena storan, kini telah bekerjasama dengan pihak Amazon dan memperkenalkan sebuah cakera keras luaran baru dinamakan sebagai Seagate Duet. Membezakannya berbanding pelbagai cakera keras luaran lain di pasaran adalah integrasi ia bersama storan awan, memastikan kandungan pengguna sentiasa selamat.

Seagate Duet

Seagate Duet hadir dengan sokongan Amazon Drive, dimana pelbagai data anda akan dibuat salinannya ke storan awan Amazon. Untuk mengaktifkannya, pengguna hanya perlu menghubungkan cakera keras luaran ini ke komputer, dan seterusnya daftar masuk akaun Amazon.

Untuk pengguna baru yang mendapatkan cakera keras ini, mereka akan turut menerima storan tanpa had percuma apabila membelinya.

Buat masa ini, Seagate hanya akan memasarkan ia di Amerika Syarikat sahaja, dan ditawarkan pada harga $99 (~RM446) untuk 1TB.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd