Cari @ Amanz

Google hari ini telah memperkenalkan satu lagi perkhidmatan baru memfokuskan pengguna perusahaan dan digunakan dalam organisasi, dinamakan sebagai App Maker. Melaluinya, Google ingin membolehkan sesiapa sahaja dalam sesuatu organisasi untuk membina sesuatu aplikasi asas, dan tidak lagi perlu mengeluarkan kos yang tinggi untuk membayar pembangun seperti sebelumnya.

Google AppMaker

Google App Maker menggunakan kaedah pembangunan berasaskan drag-drop, lebih kurang seperti kebanyakkan perisian lain. Pengguna turut boleh mengintegrasikan pelbagai aplikasi Google lain, termasuk seperti Google Maps, Contacts, dan sebagainya.

Google melalui App Maker ingin menyasarkan pada pengguna dalam aplikasi untuk menyelesaikan pelbagai masalah asas secara digital dan dengan mudah. Sebagai contoh, sekiranya anda ingin membuat borang untuk tuntutan kos perjalanan, ia boleh dilakukan dengan mudah menggunakannya serta mengintegrasikan info dari Google Maps. Perkara ini juga akan mengurangkan kesukaran menguruskan pelbagai resit fizikal dan sebagainya.

Google App Maker buat masa ini masih pada peringkat awal, dan anda boleh mendaftarkan minat untuk mencubanya terlebih dahulu.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd