Hari AIDS sedunia disambut setiap 1 Disember sejak 1988. Sempena menyambut hari ini, Apple menghasilkan kerangka Smart Battery Case untuk iPhone 7 edisi (PRODUCT) RED berwarna merah. Sebelum ini kerangka berbateri ini hanya ditawarkan dalam warna hitam dan putih.
Ia dijual pada harga $99 (~RM 443) sebuah dan sebahagian hasil jualan akan didermakan kepada badan AIDS The Global Fund. Badan ini membantu pesakit HIV/AIDS di Ghana, Lesotho, Rwanda, South Africa, Swaziland, Tanzania, Kenya dan Zambia. Bateri sebesar 2365 mAh digunakan dan ini boleh menambah hayat penggunaan iPhone 7 sebanyak 22 Jam apabila menggunakan rangkaian LTE. Buat masa ini Smart Battery Case (PRODUCT)RED masih belum ditawarkan di Malaysia.