Rasmi : Telefon Pintar Nokia Akan Kembali Pada 2017 Menggunakan Sistem Operasi Android

Rasmi : Telefon Pintar Nokia Akan Kembali Pada 2017 Menggunakan Sistem Operasi Android

Diterbitkan pada Dis 1, 2016 oleh .

Nokia sebelum ini telah mengumumkan perancangan mereka untuk kembali ke arena telefon pintar dengan melesenkan kepada HMD Global. Lanjutan daripada pengumuman berkenaan, hari ini Nokia telah pun menambah sebuah halaman khusus pada web rasmi mereka, iaitu halaman mengenai telefon pintar.

Nokia melalui halaman berkenaan mengatakan telefon pintar baru mereka akan hadir pada 2017, dan ia akan menggunakan sistem operasi Android.

Peranti yang bakal diperkenalkan masih menjadi tanda tanya dan misteri lagi. Ramai yang semestinya nantikan suatu kejutan menarik dari segi rekaan dan penawaran untuk telefon pintar berjenama Nokia ini, apatah lagi memandangkan Nokia turut menyertai ahli lembaga HMD Global berkenaan.

Apa pun, sama-sama kita nantikan kejutan yang bakal dibawakan melalui jenama Nokia kelak.


TIPS & ULASAN