Huawei melalui Watt Laboratory, kini telah pun mengumumkan pengenalan teknologi terbaru mereka, iaitu bateri Li-ion yang dilengkapi dengan sokongan grafen bagi membolehkan bateri berkenaan bertahan suhu yang lebih tinggi berbanding bateri Li-ion biasa hari ini.
Pada hari ini, kebanyakkan bateri Li-ion mampu bertahan sehingga 50°C, tetapi melalui kajian Watt Laboratory, bateri yang dilengkapi sokongan grafen ini mampu bertahan dan beroperasi sehingga 60°C.
Bateri baru ini juga dikatakan menawarkan jangka hayat dua kali ganda lebih lama berbanding bateri Li-ion biasa.
Bateri ini lebih ditujukan oleh Huawei untuk digunakan pada pusat pemancar telekomunikasi – terutamanya di negara-negara yang mempunyai suhu persekitaran tinggi dan cuaca panas.
Selain daripada pada pusat pemancar, Huawei turut mengatakan bateri ini boleh digunakan pada dron – dan menerbangkan dron berkenaan dibawah cahaya matahari yang panas tanpa sebarang masalah, ataupun digunakan pada kereta elektrik dan memecut laju dinegara dengan cuaca panas tanpa perlu risau.