MediaTek Memperkenalkan Dua Lagi Cip Pemprosesan 10-teras – Helio X23 Dan X27

MediaTek Memperkenalkan Dua Lagi Cip Pemprosesan 10-teras – Helio X23 Dan X27

Diterbitkan pada Dis 2, 2016 oleh .

MediaTek sebelum ini telah menawarkan sejumlah cip pemprosesan berkuasa yang digunakan pada peranti mudah-alih. Hari ini, mereka mengumumkan kemaskini, dan memperkenalkan dua cip pemprosesan sama iaitu Helio X23 dan juga Helio X27.

Secara kasar, Helio X23 dilihat sebagai kemaskini untuk X20, sementara Helio X27 pula adalah kemaskini untuk X25 sebelum ini. Kedua-duanya menawarkan rekaan 10-teras.

Melalui rekaan 10-teras, kedua-dua cip ini menawarkan gabungan dua teras berasaskan ARM Cortex-A72, dan lapan teras berasaskan ARM Cortex A-53. Kedua-duanya juga menggunakan sokongan grafik Mali-T880.

Bersama-sama dengan cip ini, ia juga menyertakan sokongan untuk menyokong dwi-kamera apada telefon, selain sokongan 4K dan lain-lain. MediaTek mengatakan peranti menggunakan cip ini bakal hadir ke pasaran tidak lama lagi.

Untuk makluman, siri cip pemprosesan ini masih menggunakan rekaan 20nm, dan bukannya 10nm seperti pada MediaTek Helio X30.


TIPS & ULASAN