Hari kedua acara AWS re:Invent dimulakan dengan perkongsian bersama Dr Werner Vogels, iaitu Ketua Pegawai Teknologi AWS. Menurut beliau, AWS telah merubah cara syarikat berasaskan teknologi untuk menghasilkan aplikasi dan perkhidmatan mereka. Banyak syarikat mahupun penyedia perkhidmatan teknologi yang menggunakan AWS sebagai tulang belakang perkhidmatan mereka.
Salah satu kekuatan AWS adalah mereka sentiasa mendengar permintaan pelanggan. Ini sekaligus menjadikan mereka pantas dalam mengadaptasi perubahan seiring dengan keperluan pelanggan. Ini kerana pengguna AWS lebih mengetahui mengenai produk mereka dan kumpulan sasaran mereka, dan AWS hanyalah menyediakan komponen perkhidmatan yang boleh menyelesaikan masalah mereka. Malah Werner sendiri mengatakan yang AWS tidak akan sekali-kali ‘mengarah’ atau mengandaikan mereka lebih pakar dari pelanggan mereka dan pengguna bebas memilih komponen apa yang diinginkan oleh pengguna.
Berbeza dengan ucaptama Andy Jassy yang diadakan semalam, Werner pada hari ini telah mengumumkan 12 perkhidmatan terbaru yang ditawarkan oleh AWS yang lebih kompleks dan berupaya menyelesaikan pelbagai perkara.
AWS OpsWorks for Chef Automate : Jika anda biasa menggunakan perisian Chef, AWS OpsWorks kini boleh mengendalikan perisian automasi ini.
Amazon EC2 Systems Manager : Bagi memudahkan anda menguruskan sistem EC2 anda.
AWS CodeBuild: Jika anda kerap melakukan ujian (unit test) terhadap kod pengaturcaraan yang telah disiapkan (compiled source code), perkhidmatan ini diintegrasikan dengan dengan komponen lain seperti CodeDeploy, CodeCommit dan CodePipeline.
AWS X-Ray: Jika anda melakukan distribution computing, perkhidmatan ini akan membolehkan anda memantau dan menganalisa dengan lebih teliti dimana berlakunya kesilapan, ataupun sekiranya servis anda mengalami masalah pada sesuatu tahap.
AWS Personal Health Dashboard: Bagi semua pengguna AWS, kini lebih mudah untuk melihat sekiranya terdapat sebarang masalah terhadap aplikasi mereka.
AWS Shield : Perlindungan dari serangan DDoS dan ia akan diaktifkan secara terus.
Amazon Pinpoint : Sekiranya anda membangunkan aplikasi mudah alih, Amazon Pinpoint boleh menghantarkan notifikasi pada waktu tertentu kepada pengguna, dan perkhidmatan ini juga boleh menganalisa dalam masa-nyata.
AWS Batch: Jika anda ingin membangunkan aplikasi yang memproses pelbagai fail dalam satu masa serentak, mungkin anda memerlukan AWS Batch. Buat masa ini, hanya mod preview tersedia untuk pembangun.
AWS Glue : Perkhidmatan ini memudahkan pengguna untuk mencari data, menafsirkannya disamping melakukan kerja berkaitan pengumpulan data pada waktu tertentu.
AWS Step Functions: Bagi anda yang ingin melihat sesuatu fungsi dan aplikasi dalam bentuk gerak kerja, Step Functions membolehkan anda menyusun komponen secara visual.
AWS Lambda@Edge: Enable Lambda functions in Edge locations, and run functions in response to CloudFront events. We also added C# support for AWS Lambda. Malah kini Lambda juga turut menyokong bahasa pengaturcaraan C#
Blox: Fungsi terakhir ini untuk memudahkan pengguna menggunakan fungsi-fungsi sumber terbuka dan untuk hari ini mereka telah mewujudkan dua fungsi iaitu cluster-state-service dan juga daemon-scheduler. Lebih banyak lagi fungsi sebegini akan diterbitkan pada masa akan datang.
Dengan pengumuman sebegini, sebanyak 24 perkara baru telahpun diumumkan disepanjang acara AWS re:Invent 2016. Hari kedua ini menyaksikan lebih banyak perkongsian teknikal, jika dibandingkan dengan ucaptama hari pertama Andy Jassy yang memperkenalkan teknologi baru dan juga perkongsian awal James Hamilton yang berkisar mengenai projek menarik yang dibangunkan AWS.