Permainan The Walking Dead Musim Ketiga Mula Dijual 20 Disember Ini

Permainan The Walking Dead Musim Ketiga Mula Dijual 20 Disember Ini

Diterbitkan pada Dis 2, 2016 oleh .

Permainan The Walking Dead yang dihasilkan oleh Telltale Games menerima banyak anugerah kerana menghidupkan semula genre Adventure Game yang seakan dilupakan. Kepada yang menantikan musim ketiga permainan bersiri ini, dua episod terbaru untuk musim ketiga akan boleh dimuat turun pada 20 Disember.

Musim ketiga akan dikenali sebagai A New Frontier dan memaparkan Clem yang semakin dewasa serta watak baru Javier. Musim ketiga bersambung empat tahun selepas musim kedua. Permainan ini boleh dimuat turun pada platform PC, PS3, PS4, Xbox 360, Xbox One, iOS dan Android. Adakah anda sudah bersedia untuk kesinambungan pengembaraan di dunia zombie bersama Clementine?


TIPS & ULASAN