Cari @ Amanz

Huawei baru-baru ini telah mengumumkan telefon pintar yang akan menerima kemaskini Android 7.0 Nougat, dan pihak Sony turut melakukan perkara sama sebelum ini. Terkini, Sony telah mula memperkenalkan kemaskini Android 7.0 Nougat untuk Xperia XZ dan Xperia Z Performance secara berperingkat, dan peranti lain turut akan menerimanya.

Android 7.0 Nougat akan hadir dengan beberapa ciri-ciri menarik, termasuk sokongan multi-window dalam memudahkan anda menjalankan dua aplikasi pada waktu yang sama, penawaran masa penggunaan bateri yang lebih lama, kemaskini untuk aplikasi permesejan, sokongan kawalan manual untuk kamera, dan juga skrin utama dengan integrasi Google Now.

Selain daripada kedua-dua peranti ini, antara telefon pintar lain yang akan menerimanya adalah:

  1. Xperia Z3+
  2. Xperia Z4 Tablet
  3. Xperia Z5
  4. Xperia Z5 Compact
  5. Xperia Z5 Premium
  6. Xperia X
  7. Xperia XA
  8. Xperia XA Ultra
  9. Xperia X Compact

Walaupun mengumumkan senarai peranti, pihak Sony tidak mengumumkan bilakah tarikh kemaskini ini akan diperkenalkan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd