Cari @ Amanz

Gambar Lenovo Moto X Tertiris

Link Copied!

Selepas Lenovo Moto Z dilancarkan ramai yang risau peranti Moto X akan dihentikan pengeluarannya. Lenovo segera menidakkan kerisauan orang ramai dan mengatakan ia akan terus dihasilkan tetapi ia bukan lagi akan digunakan pada peranti utama. Gambar peranti yang dikatakan adalah Moto X tertiris dan ia diperbuat daripada logam.

lenovo-moto-x-leak-1

Panel belakang melengkung dengan bonjolan kamera yang menyerupai apa yang ditemui pada Moto Z dan Z Play. Pengimbas cap jari berbentuk bujur terletak pada bahagian dagu peranti. Logo Motorola turut terpapar pada panel belakang seperti pada Moto G dan Moto X sebelum ini. Spesifikasi masih belum diketahui dan ia tidak menyokong sistem modular Moto Mods.


Komen ()