Peranti Samsung Galaxy A 2016 Akan Menerima Kemas Kini Android Nougat

Peranti Samsung Galaxy A 2016 Akan Menerima Kemas Kini Android Nougat

Diterbitkan pada Dis 2, 2016 oleh .

Kemas kini ke sistem operasi terkini tidak diterima oleh kesemua peranti Android. Dalam kebanyakan kes hanya peranti utama diberikan kemas kini dan sokongan diberikan selama dua tahun sahaja. Peranti kelas pertengahan menjadi “anak tiri” yang sering dilupakan. Berita baik bagi pengguna peranti keluarga Galaxy A 2016, Samsung akan memberikan kemas kini Android Nougat kepada peranti anda.

Galaxy A9 Pro - DSC06529 (Priime Brushed Gold)Peranti Galaxy A3, Galaxy A5, Galaxy A7, Galaxy A8, Galaxy A9 dan Galaxy A9 Pro akan menerima kemas kini pada suku ke dua 2017.  Kesemua peranti ini dilancarkan dengan sistem operasi Android Marshmallow. Ini mungkin kemas kini terakhir yang bakal diterima kerana Samsung akan melancarkan Samsung Galaxy A 2017 dalam masa terdekat.


TIPS & ULASAN