Acer Membuka Kedai Atas-Talian Di LMall – Menawarkan Acer Revo One Hello Kitty Pada Harga Serendah RM589

Acer Membuka Kedai Atas-Talian Di LMall – Menawarkan Acer Revo One Hello Kitty Pada Harga Serendah RM589

Diterbitkan pada Dis 2, 2016 oleh .

Acer Malaysia sebelum ini telah memperkenalkan kedai atas-talian mereka melalui beberapa rakan kerjasama, dan terkini, mereka turut membuka kedai atas-talian rasmi di platform Lelong, iaitu LMall.

Pihak Lelong telah mula mencari rakan kerjasama dan penjual khusus untuk platform LMall sejak daripada tahun lepas, dan buat masa ini terdapat sejumlah nama besar menggunakannya, termasuk Acer sendiri.

Acer Lmall

Terkini, bersempena dengan pembukaan kedai rasmi mereka di LMall, mereka menyediakan beberapa promosi menarik. Salah satunya adalah penawaran komputer Acer Revo One Hello Kitty pada harga bermula RM589 – yang mana menawarkan diskaun sehingga 63% berbanding harga jualan asal, RM1599.

Bagi anda yang ingin menyemak pelbagai penawaran produk Acer di Malaysia, boleh melayari laman LMall hari ini.


TIPS & ULASAN