AWS re:Invent 2016 – Bersama Nick Walton, Ketua AWS ASEAN

AWS re:Invent 2016 – Bersama Nick Walton, Ketua AWS ASEAN

Diterbitkan pada Dis 3, 2016 oleh .

Di acara AWS re:Invent 2016, selain dari perkongsian teknologi AWS yang terbaru, terdapat beratus-ratus sesi perkongsian malah sesi pengaturcaraan yang diadakan buat peserta. Kami berkesempatan untuk bersama Nick Walton, ketua AWS ASEAN dalam menceritakan sedikit sebanyak mengenai AWS di Malaysia.

Dalam bercerita mengenainya, Malaysia mempunyai ramai pengguna yang menggunakan perkhidmatan AWS. Pengguna bukan sekadar terdiri dari persendirian dan industri kecil-sederhana, malah syarikat besar juga turut menggunakan perkhidmatan AWS. Antara nama-nama yang popular menggunakan AWS termasuklah Grab, iflix, Maybank, dan juga pembangun seperti Fusionex, Uberfusion.

aws-day-1-andy-jassy-img_20161201_010722

AWS merupakan perkhidmatan yang popular dikalangan startup dan banyak startup yang berkembang pesat menggunakannya. Startup seperti Pinterest, DollarShaveClub, Slack, Airbnb, menggunakan perkhidmatan ini dan Nick turut menyatakan yang Grab dan iflix antara startup yang dipertaruhkan AWS untuk berkembang lebih pesat di negara ini.

Dengan pembukaan pejabat AWS cawangan Malaysia pada tahun ini, mereka turut berkongsi perancangan mereka untuk tahun 2017. Pada tahun hadapan AWS akan memperhebat usaha mereka dalam meneruskan latihan dan tunjuk ajar teknikal buat pengguna tempatan. Mereka akan menambah bilangan tenaga kerja bagi menyokong pengguna tempatan sedia ada, dengan harapan untuk melihat kejayaan lebih banyak startup tempatan.

Baca: AWS Membuka Pejabat di Malaysia


TIPS & ULASAN