Google Sedang Berusaha Menyelesaikan Masalah Kamera Google Pixel

Google Sedang Berusaha Menyelesaikan Masalah Kamera Google Pixel

Diterbitkan pada Dis 3, 2016 oleh .

Peranti Google Pixel ialah peranti pertama yang dihasilkan sepenuhnya di bawah kawalan Google. Sungguhpun begitu peranti ini mengalami dua masalah membabitkan kamera. Terkini kamera pada peranti Pixel dan Pixel XL untuk pasaran antarabangsa mengalami masalah serius apabila cuba digunakan.

google-pixel-xl-kamera-problem-2Paparan menjadi bercelaru dan bertukar menjadi warna ungu. Di dalam situasi serius aplikasi kamera terus gagal berfungsi. Penggunaan aplikasi kamera pihak ketiga tidak menyelesaikan masalah ini. Google menyedari masalah ini dan berjanji akan menyelesaikannya dalam masa terdekat.

Buat masa ini mereka masih tidak memberitahu apakah yang menjadi punca kepada masalah ini. Tarikh kemas kini untuk memperbaiki masalah ini juga masih belum diselesaikan. Diharap masalah ini dan lens flare Google Pixel dapat diselesaikan sebelum ia dijual di pasaran tempatan kelak.


TIPS & ULASAN