Cari @ Amanz

Terdapat tiga kategori utama bagi seorang gamer. Pemain paling tegar bermain menggunakan PC pada tetapan tertinggi. Pemain yang enggan pening kepada dengan konfigurasi PC akan membeli konsol. Kategori terakhir ialah pemain santai yang hanya bermain pada peranti mudah alih. Smach Z ialah peranti yang cuba menggabungkan ketiga-tiga kategori gamer di atas. Ia sebuah konsol mudah alih yang memainkan permainan PC.

smach-z-3Smach Z dilengkapi pemproses AMD Merlin Falcon RX-421BD, kad grafik Radeon R7, RAM sebesar 4 Gigabyte dan storan 64 Gigabyte. Skrin 6″ yang digunakan mempunyai resolusi 1080P. Bateri yang disertakan pula mampu memberikan masa permainan selama 6 jam. Sistem operasi Steam OS membolehkan permainan dimuat turun menerusi Steam. Di dalam beberapa ujian yang dilakukan, Smach Z boleh memainkan GTA V pada tetapan 800×600 pada kadar 30 FPS. Ia kini sedang mengumpulkan dana menerusi Indiegogo dengan tawaran pembelian bermula dari $325 (~RM 1450) sebuah.

smach-z-2

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd