Setiap tahun, Facebook akan menyediakan ringkasan tahunan untuk penggunaan dan detik-detik menarik serta mendapat perhatian ramai. Kini, untuk tahun 2016, Facebook turut telah mula menawarkan Facebook Year In Review untuk semua pengguna.
Melalui Facebook Year In Review, pengguna boleh mendapatkan ringkasan tahunan mereka di Facebook – termasuk turut melihat berapa ramai rakan baru, lokasi yang telah anda daftar masuk, dan jumlah reaksi yang dikeluarkan anda. Seperti sebelum ini juga, pihak Facebook menyediakan ringkasan tahunan anda melalui video ringkas yang boleh dikongsikan anda – memaparkan pelbagai detik-detik menarik sepanjang 2016.
Bagi anda yang berminat, boleh melayari laman Facebook Year In Review, dan mula menjana video anda sekarang.
- Info
- Layari : Facebook Year In Review