Cari @ Amanz

John Chen, ketua pegawai eksekutif BlackBerry sebelum ini telah mengatakan peranti BlackBerry menggunakan papan kekunci fizikal akan hadir tidak lama lagi, dan dijana menggunakan sistem operasi Android. Kini, lanjutan daripadanya, beberapa gambar hadir ke arena web, diperkatakan sebagai peranti BlackBerry terakhir menggunakan papan kekunci fizikal.

BlackBerry QWERTY Android

Daripada gambar yang hadir, ia memperlihatkan rekaan skrin yang sedikit besar, dan pada masa yang sama menyertakan rekaan papan kekunci fizikal ikonik BlackBerry. Menurut laporan sebelum ini, ia dikatakan berkemungkinan peranti ini adalah yang direkabentuk oleh mereka sendiri, dan bukannya oleh pihak lain seperti beberapa peranti DTEK sebelum ini.

Buat masa ini, kesahihan peranti ini masih tidak diketahui lagi. Namun, sekiranya ini adalah benar, maka tidak mustahil untuk kita mendengar lebih lanjut mengenainya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd