Last Of Us Part 2 Akan Datang Ke PlayStation 4

Last Of Us Part 2 Akan Datang Ke PlayStation 4

Diterbitkan pada Dis 4, 2016 oleh .

Last of Us merupakan salah satu permainan aksi yang dibangunkan oleh Naughty Dog dan diterbitkan oleh Sony. Permainan pertamanya telah diperkenalkan untuk PlayStation 3 pada Jun 2013 lepas, selain versi ditambah-baik turut telah diperkenalkan untuk PlayStation 4. Kini, pembangun permainan berkenaan turut telah mengumumkan versi seterusnya untuk permainan berkenaan.

The Last of Us

Dinamakan sebagai Last of Us Part 2, ia akan meneruskan jalan cerita Ellie dan Joel untuk membalas dendam dan terus bertahan untuk hidup.

Penerbitnya masih tidak mengumumkan tarikh ia bakal diterbitkan. Pembangunnya dijangka akan berkongsi lanjut mengenai permainan ini dalam beberapa bulan lagi.


TIPS & ULASAN