Cari @ Amanz

Jolla merupakan salah satu nama yang tidak asing lagi bagi para pengemar gajet. Mereka sebelum in telah mengumpulkan dana untuk hadir dengan telefon pintar dan tablet Sailfish OS, selain baru-baru ini telah mengumumkan yang mana mereka telah menerima pengesahan daripada kerajaan Russia untuk sistem operasi mereka.

Terkini, Jolla turut memperlihatkan penggunaan Sailfish OS pada jam tangan pintar – sekaligus memperlihatkan keupayaan sistem operasi mereka pada skrin kecil. Walaubagaimanapun, Jolla tidak membangunkan jam tangan pintar mereka tersendiri, sebaliknya menggunakan peranti Android Wear. Perkara ini mungkin dijangka kerana mereka mempunyai masalah dalam pengeluaran peranti sebelum ini – dan kini dilihat lebih memfokuskan kepada sistem operasi dan perisian.

Sailfish OS Watch

Seperti ramai sedia maklum, Sailfish OS beroperasi menggunakan sokongan gestur, dan ia sangat sesuai pada skrin bersaiz kecil. Pengguna boleh menghubungkan ia dengan telefon Sailfish OS dan menerima notifikasi panggilan dan mesej pada jam tangan pintar ini.

Buat masa ini, Jolla lebih kepada memperlihatkan keupayaan sistem operasi mereka pada pelbagai peranti, dan tidak mengumumkan sebarang perancangan untuk hadir dengan jam tangan pintar buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd