Cari @ Amanz

Pada Snapchat atau Twitter, terdapat fungsi koleksi tersendiri dalam memudahkan penemuan sesuatu perkara berkaitan topik yang sama. Di Snapchat, ia dipanggil Snapchat Discover, sementara Twitter pula sedikit berbeza melalui Moments. Kini, Facebook dilaporkan sedang menguji fungsi yang lebih kurang sama pada platform mereka.

Facebook dikatakan telah mula menghubungi beberapa media dan syarikat hiburan untuk menghasilkan kandungan untuk sebuah fungsi yang dinamakan sebagai Facebook Collections.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi apakah yang ditawarkan melaluinya – tetapi daripada namanya, ia dilihat akan hadir dengan sokongan membolehkan penerbit kandungan memperlihatkan suatu siri kandungan dalam papapran yang menarik di Facebook.

Pengenalan fungsi ini juga dijangka akan dapat mengatasi masalah berita dan artikel palsu yang tersebar meluas di platform berkenaan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd