Cari @ Amanz

Crash Bandicoot ialah permainan yang mencapai tahap kultus di kalangan peminat PlayStation. Ia antara permainan paling awal dihasilkan oleh Naugty Dog yang kemudian menghasilkan dua lagi permainan terbaik PlayStation 3 iaitu Uncharted dan The Last of Us. Kemunculan Crash di dalam Uncharted 4 membuatkan ramai peminat ternanti-nanti kemunculannya semula pada konsol PlayStation 4.

Penantian mereka berakhir dengan pengumuman Crash Bandicoot N. Sane Trilogy yang merupakan edisi remastered permainan Crash Bandicoot, Crash Bandicoot 2 : Cortex Strikes Back dan Crash Bandicoot Warped yang hadir di PlayStation 1. Kesemua grafik dipertingkatkan untuk membuatkannya kelihatan seperti permainan generasi semasa. Permainan ini akan hadir pada tahun 2017.

Naughty Dog tidak terlibat di dalam proses remaster ini sebaliknya ia diserahkan kepada Vicarious Vision. Kepada mereka yang membesar dengan Crash, ini ialah remaster yang akan membuatkan anda terasa seperti kembali ke sekolah rendah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd