(Ura-Ura) Peranti Samsung Galaxy A Akan Dilengkapi Skrin Dwi-Lengkung

(Ura-Ura) Peranti Samsung Galaxy A Akan Dilengkapi Skrin Dwi-Lengkung

Diterbitkan pada Dis 5, 2016 oleh .

Tahun 2016 ialah tahun kita melihat peranti kelas pertengahan mula mempunyai kemasan setanding dengan peranti utama Asus Zenfone 3 dan Honor 8 ialah dua contoh terbaik peranti dengan pemproses kelas pertengahan dengan kemasan yang premium. Ini memberikan saingan kepada Samsung yang selama ini memonopoli pasaran peranti kelas pertengahan.

Samsung Galaxy S7 Edge IMG_20160321_141650Ura-ura kini kedengaran peranti Samsung Galaxy A mungkin akan dilengkapi skrin dwi-lengkung. Selama ini skrin dwi-lengkung hanya diberikan kepada peranti utama seperti S6 Edge dan S7 Edge. Ini mungkin percaturan Samsung untuk memberikan rekaan lebih premium pada peranti kelas pertengahan mereka.

Hanya beberapa tahun yang lalu mereka mula menggunakan kemasan logam serta lensa kamera f/1.7 pada peranti Galaxy A. Sekiranya ura-ura ini menjadi kenyataan, mungkin 2017 akan menunjukkan semakin banyak fungsi peranti utama diberikan kepada peranti kelas pertengahan.


TIPS & ULASAN