Ada membeli produk ketika Black Friday dan Cyber Monday tempoh hari? Sekiranya anda mahu menjejak lokasi pakej barangan yang dihantar menggunakan Pos Laju hari ini anda akan berhadapan dengan sedikit masalah. Sistem Track & Trace yang menjejak bungkusan yang dihantar akan mengalami gangguan sepanjang ini.
Menurut Pos Malaysia gangguan berlaku kerana proses penyelenggaraan yang sedang dijalankan. Penyelenggaraan ini perlu dilakukan bagi memastikan kelancaran dan kecekapan sistem. Pihak Pos Malaysia memohon maaf kepada pelanggan atas segala kesulitan yang berlaku.