Kotak Carian Diramalkan Mungkin Hilang Dalam Sedekad Lagi

Kotak Carian Diramalkan Mungkin Hilang Dalam Sedekad Lagi

Diterbitkan pada Dis 6, 2016 oleh .

Dalam dunia web hari ini, salah satu perkara utama yang menjadi fokus adalah kotak carian. Google sendiri terkenal disebabkan oleh kotak carian mereka, selain pelbagai laman mempunyai ruangan kotak carian untuk memudahkan proses carian. Namun, kini melalui bancian ringkas yang dilakukan dikalangan pengkaji Microsoft, salah seorang meramalkan kita mungkin tidak akan melihat kotak carian lagi menjelang 2027 kelak.

Sebaliknya, berbanding dengan kotak carian, kita mungkin akan melihat ia digantikan dengan sokongan berasaskan konteks. Seperti ramai sedia maklum, pada hari ini sendiri, menggunakan peranti mudah-alih, pengguna sudah mula melakukan carian melalui arahan suara dan bukannya menaip pada kotak carian.

Disamping itu, peranti seperti Amazon Echo dan Google Home turut menggunakan input berasaskan suara, berbanding perlu menaip pada kotak carian seperti kebiasaan.

Perkembangan dunia pembelajaran mesin dan kecerdasan pintar dijangka akan membantu dalam perkara ini. Carian pada masa akan datang juga dikatakan akan turut mengambil data seperti lokasi, kandungan, aktiviti dan sebagainya berkaitan kita dalam memaparkan sesuatu hasil carian.


TIPS & ULASAN