Cari @ Amanz

Google telah menguji Android 7.1.1 dalam bentuk beta sejak beberapa minggu lepas, dan hari ini, Google secara rasminya telah mula menawarkan kemaskini tersebut untuk Nexus 6, Nexus 5X, Nexus 6P, Nexus 9, Pixel, Pixel XL, Nexus Player, dan juga Pixel C. Seperti biasa, kemaskini akan ditawarkan secara berperingkat kepada semua.

App ShortcutsMelalui kemaskini baru ini, ia menyertakan lebih banyak emoji baru, termasuk sokongan papan kekunci GIF yang membolehkan pengguna membuat carian GIF dan menghantar kepada penerima dengan pantas.

Disamping itu, Google juga kini menawarkan sokongan menu tambahan pada aplikasi. Pengguna hanya perlu tap diatas sesuatu ikon aplikasi untuk sementara, dan ia akan memaparkan menu akses pantas untuk pengguna.

Bagi anda yang menggunakan peranti Nexus, boleh menyemak peranti anda untuk menerima kemaskini ini bermula hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd