Android Lollipop Masih Merupakan Versi Paling Banyak Digunakan – Nougat Hanya Pada 0.4% Peranti

Android Lollipop Masih Merupakan Versi Paling Banyak Digunakan – Nougat Hanya Pada 0.4% Peranti

Diterbitkan pada Dis 6, 2016 oleh .

Salah satu kekurangan besar untuk Android berbanding dengan iOS adalah disebabkan oleh masalah kemaskini sistem operasi besar yang mengambil masa yang sangat lama – dan terdapat beberapa peranti yang tidak menerimanya lagi. Terkini, Google telah pun mengeluarkan angka statistik terkini, memperlihatkan Android 7.0 Nougat hanya digunakan pada 0.4% peranti seluruh dunia.

Google sering mengeluarkan data ini setiap bulan, dalam usaha memudahkan para pembangun untuk menyasarkan versi mana yang digunakan dengan banyak dan perlu dioptimasikan.

Android Disember 2016

Berdasarkan angka Disember 2016, Android Marshmallow kini meliputi 26.3%, sementara Android Lollipop masih meliputi jumlah penggunaan tinggi, iaitu 34%. Kitkat yang telah diperkenalkan sekitar 3 tahun lepas kini masih digunakan oleh hampir 1/4 peranti Android seluruh dunia.

Kita mungkin akan dapat melihat perubahan besar pada angka ini pada 2017 kelak – apatah lagi dengan permulaan pengenalan kemaskini Android Nougat oleh pengeluar peranti seperti Samsung, Huawei, Sony dan lain-lain.

Bagi anda, apakah versi Android yang anda gunakan?


TIPS & ULASAN