Cari @ Amanz

Terdapat dua peranti utama di dalam dunia peranti boleh-pakai iaitu jam tangan pintar dan pengesan kesihatan. Kedua-duanya dipasarkan secara agresif sejak tiga tahun kebelakangan ini. Menurut laporan IDC, 85% peranti boleh-pakai yang dijual pada suku ke-tiga 2016 adalah pengesan kesihatan. Jualan peranti boleh-pakai meningkat 3.1% berbanding tahun lalu walaupun jualan jam tangan pintar mengalami penyusutan

idc-jualan-peranti-boleh-pakaiFitbit gah di tangga pertama dengan pegangan 23 % pasaran di hadapan Xiaomi (16.5%), Garmin (5.7%), Apple (4.9%) dan Samsung (4.5%). Sebanyak 5.1 Juta unit pengesan kesihatan Fitbit terjual berbanding 1.1 Juta Apple Watch. Apple yang dahulunya di tempat kedua turut ke tangga ke-empat dengan penurunan jualan sebanyak 71%.

Harga jualan pengesan kesihatan yang lebih mampu milik menjadi faktor ia mendapat tempat di mata pengguna berbanding jam tangan pintar. Berapa ramaikah pembaca Amanz yang memiliki peranti boleh-pakai? Adakah anda turut memilih pengesan kesihatan berbanding jam tangan pintar?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd