Dana Pelaburan Strategik Cradle & Pelabur Bersama Kini Menjangkau RM 190.2 Juta

Dana Pelaburan Strategik Cradle & Pelabur Bersama Kini Menjangkau RM 190.2 Juta

Diterbitkan pada Dis 6, 2016 oleh .

Menghampiri penghujung tahun 2016, Cradle kini telah mempunyai 31 rakan pelaburan strategik bagi bersama-sama melabur untuk startup tempatan. Mereka telah mengumumkan enam syarikat pelaburan yang terdiri dari pelbagai latar belakang dan dana pelaburan strategik yang tersedia untuk startup tempatan kini telah menjangkau RM 190.2 Juta.

Bagi anda yang bergiat dalam industri startup, dana pelaburan strategik ini merupakan salah satu pilihan bagi mengembangkan syarikat. Dalam perjanjian ini, mana-mana rakan pelabur Cradle yang melabur untuk startup tempatan, Cradle akan menggandakan pelaburan tersebut dalam nisbah 1:1. Seperti contoh jika anda berjaya mendapatkan RM 2 juta dari 1337 Ventures, maka Cradle akan menggandakannya, menjadikan jumlah pelaburan tersebut RM 4 juta.

Enam syarikat pelaburan ini serta startup yang mereka cari untuk menerima pelaburan adalah seperti berikut:

  • Segnel Ventures: Pengguna, Internet, Media, Dunia Kandungan.
  • Biz Angel Network: Ia bergantung kepada ahli didalam persatuan ini. Namun secara amnya: E-dagang, Perlancongan, Media, Pendidikan, Bio-tech.
  • RHL Ventures: Tiada fokus terhadap sebarang sektor tetapi sebaliknya mencari startup yang telah bertapak dan ingin mendapatkan dana Series B, Series-C. Dan juga sedikit fokus untuk hartanah dan kewangan.
  • Tink Big Ventures: Mencari startup yang memfokuskan pengguna, dengan minimum dana untuk dilabur sebanyak RM 3 juta.
  • EIX Group Sdn Bhd: Tiada spesifik terhadap industri. Mereka mencari startup yang ingin memulakan pre-series A dan pre-IPO. 
  • PlaTCom Ventures: Tiada spesifik industri namun mengikut selera pelabur-pelabur dibawah kendalian mereka.

Dengan banyaknya dana yang tersedia untuk startup tempatan, kita mungkin dapat melihat pertumbuhan lebih pesat untuk masa akan datang, bermula tahun hadapan. Antara startup yang pernah mendapat manfaat dari dana pelaburan strategik sebegini termasuklah BeMalas, MauKerja, Sync Media dan juga SupplyCart.


TIPS & ULASAN