Cari @ Amanz

HyperDrive – Penyesuai Lima Dalam Satu Untuk MacBook Pro 2016

Link Copied!

Model Apple MacBook Pro melakukan tindakan berani dengan menggantikan kesemua I/O sedia ada dengan USB-C sahaja. Penggunaan hanya USB-C ini mendatangkan kemarahan sesetengah pengguna kerana mereka kini terpaksa membeli penyesuai bagi mendapatkan semua fungsi pembaca kad SD, mikroSD, USB-A, Thunderbolt dan HDMI. Aneh sekali Apple tidak menyediakan sebuah penyesuai sarwa jagat yang mempunyai kesemua I/O yang tidak lagi disertakan.

hyperdrive-2HyperDrive ialah penyesuai keluaran pihak ketiga yang mengembalikan kesemua I/O diatas. Ia mempunyai dua USB-C, dua USB-A, pembaca kad MikroSD, pembaca kad SD dan output HDMI. Penyesuai HyperDrive sedang mengumpulkan dana bagi pengeluaran secara komersial. Ia boleh ditempah pada harga bermula $69 (~RM 307) sebuah.


Komen ()