Cagak Kamera Aksi GoPro Karma Grip Mula Dijual
Artikel Berkaitan

Cagak Kamera Aksi GoPro Karma Grip Mula Dijual

Diterbitkan pada Dis 6, 2016 oleh .

GoPro Karma Grip ialah cagak kamera aksi dengan sistem penstabilan kamera tiga paksi. Pada asalnya ia adalah aksesori tambahan yang dijual bersama dron GoPro Karma. Kerana masalah bateri yang melanda dron ini, GoPro mula menjualnya secara berasingan.

gopro-karma-grip-1

Ia boleh digunakan dengan GoPro Hero 5 Black dan Hero 4. Penyesuai khas perlu digunakan apabila menggunakan Hero 4. Bagi pemilik Hero 5 Session pula, penyesuai hanya akan dijual pada musim bunga 2017. Karma Grip mempunyai bateri yang membolehkan ia berfungsi selama 105 minit. Harga jualannya pula ialah $300 (~RM  1340) sebuah.


TIPS & ULASAN