KPDNKK Bekerjasama Dengan SKMM Memerangi Penyebaran Berita Tergempar Tidak Sahih

KPDNKK Bekerjasama Dengan SKMM Memerangi Penyebaran Berita Tergempar Tidak Sahih

Diterbitkan pada Dis 6, 2016 oleh .

Media sosial dicipta bagi merapatkan silaturahim di kalangan sanak-saudara dan kenalan. Ia kini berevolusi menjadi platform penyebaran maklumat dan berita. Malang sekali di platform media sosial seperti Twitter, WhatsApp dan Facebook, terlalu banyak berita tergempar disebarkan sehingga menjadi viral. Ia boleh mencetuskan panik dan mengakibatkan kerugian kepada peniaga yang difitnah.

skmm-kpdnkk-1

Oleh sebab itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi memerangi penyebaran berita tergempar tidak sahih ini. Menterinya Datuk Seri Hamzah Zainuddin dipetik berkata kerjasama ini perlu bagi memastikan pihak yang menyebarkan berita tidak sahih ini dapat dikesan dan dihadapkan ke muka pengadilan.

Kerjasama ini ialah bagi memastikan kementerian dapat mengesan pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan berita yang tidak tepat mengenai isu-isu kepenggunaan. Beliau juga menasihatkan pengguna supaya membuat melakukan semakan dengan kementerian bagi mendapatkan maklumat yang tepat sebelum disebarkan secara berkhinzir buta.

Setiap bulan pelbagai berita seperti ini akan kami temui di media sosial. Antara berita yang paling kerap dikitar semula ialah syarikat kopi mahal ternama dikatakan tidak halal produknya. Sebuah restoran makanan segera pula dituduh menyalurkan wang kepada rejim yang menzalimi penduduk Palestin. Gunakanlah media sosial dengan bijak. Penyebaran berita tergempar tidak sahih akan boleh dikesan dan akan menyebabkan anda didakwa. Sebagai seorang insan yang pernah didenda oleh SKMM, saya menasihatkan anda mendengar nasihat saya ini.


TIPS & ULASAN