Bersama-sama pengumuman Meizu Band, pengeluar dari China berkenaan juga turut telah memperkenalkan satu lagi telefon pintar berspesifikasi pertengahan, iaitu Meizu M5 Note. Peranti ini hadir dengan rekaan kerangka berasaskan logam sepenuhnya.
Meizu M5 Note hadir dengan skrin bersaiz 5.5-inci dengan paparan 1080p, dijana menggunakan cip pemprosesan MediaTek Helio P10, serta hadir dengan pilihan RAM 3GB atau 4GB. Menguasakan peranti ini adalah bateri berkapasiti 4000mAh.
Untuk merakamkan gambar, Meizu menyertakan kamera belakang 13-megapixel serta kamera hadapan 5-megapixel. Seperti beberapa peranti lain, Meizu turut menyertakan pengimbas cap jari pada bahagian hadapan, selain turut menyertakan sokongan VoLTE bersama-sama dengannya.
Telefon pintar berspesifikasi pertengahan ini dijana menggunakan Android 6.0 Marshmallow (beserta antaramuka Flyme OS 6.0).
Di China, Meizu M5 Note ini dijual pada harga bermuka RMB 900 (~RM535).