Carian
GrabShare Diperkenalkan – Perkongsian Kereta Ke Destinasi Dengan Harga Kompetitif
December 6, 2016 Aman

Grab sebelum ini sedia memperkenalkan perkhidmatan perkongsian kereta yang dinamakan sebagai GrabHitch. Kini, selain daripada GrabHitch sahaja, pihak Grab juga dilihat telah menguji satu lagi perkhidmatan baru di Singapura, iaitu GrabShare.

GrabShare

Menggunakan konsep perkongsian kenderaan, GrabShare membolehkan anda berkongsi satu kereta dengan penumpang lain untuk tiba ke sesuatu destinasi yang berhampiran. Membezakan dengan GrabHitch adalah dimana GrabShare menggunakan pemandu GrabCar professional dan bukannya pemilik kenderaan seperti GrabHitch. Disamping itu, GrabShare juga membolehkan penumpang membuat tempahan pada bila-bila masa, serta-merta – dan bukannya lebih awal seperti di GrabHitch.

GrabShare ini turut menawarkan kadar tambang 30% lebih rendah berbanding dengan harga tambang GrabCar biasa.

Seperti biasa, Grab menggunakan algoritma tersendiri dalam membolehkan penyatuan pemandu dan juga penumpang dalam membolehkan penjimatan tambang ke sesuatu destinasi dijayakan.

Buat masa ini, GrabShare ini hanya ditawarkan di Singapura sahaja dalam bentuk beta. Mungkin kita akan dapat melihat penawarannya untuk pasaran tempatan tidak lama lagi.

Komen