Cari @ Amanz

HTC hari ini melalui laman Twitter mereka telah mengumumkan pengenalan kemaskini Android Nougat kepada pengguna HTC One M9. Tetapi buat masa ini, ia hanya diperkenalkan bermula dari Amerka Syarikat, dan mungkin akan hadir ke negara lain dalam masa terdekat.

HTC One M9

Android 7.0 Nougat membawakan beberapa fungsi baru, termasuk kemudahan membalas mesej dengan pantas, akses kepada multi-windows, pengoptimasian pada bateri, dan beberapa ciri-ciri lain.

Buat masa ini, pihak HTC tidak mengumumkan mengenai penawaran ia untuk pasaran global. Namun, memandangkan ia telah mula diperkenalkan di Amerika Syarikat, mungkin kita akan melihat ia ditawarkan untuk semua pengguna HTC One M9 dalam masa sebulan dua lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd