Cari @ Amanz

Samsung sebelum ini pada Galaxy Note 7 telah menyertakan sokongan USB-C untuk pengecasan, disamping mengekalkan bicu audio 3.5mm. Pada Galaxy S8 yang dijangka diperkenalkan pada pertengahan pertama 2017 kelak, Samsung dijangka akan kekal menggunakan USB-C untuk pengecasan, tetapi pada masa yang sama juga diperkatakan bakal membuang bicu auido 3.5mm.

Galaxy S7

Langkah ini kita sedia lihat dilakukan oleh Apple melalui iPhone 7, selain beberapa pengeluar peranti Android seperti LeEco, Motorola, HTC dan sebagainya.

Malah, sebelum ini sendiri kita telah melihat piawaian penggunaan audio melalui USB-C diumumkan – memberikan petanda lebih banyak peranti akan menggunakannya sebagai ganti kepada bicu audio 3.5mm.

Disamping membuang bicu audio, pihak Samsung juga diperkatakan mungkin mengintegrasikan speaker stereo pada peranti akan datang mereka kelak.

Seperti biasa, mungkin kita akan mendengar lebih banyak info tertiris mengenai peranti akan datang Samsung ini pada bulan-bulan akan datang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd