Instagram Mengumumkan Sokongan Menutup Komen Untuk Semua Pengguna

Instagram Mengumumkan Sokongan Menutup Komen Untuk Semua Pengguna

Diterbitkan pada Dis 7, 2016 oleh .

Instagram sebelum ini telah memperkenalkan sokongan untuk menutup ruangan komen untuk perkongsian di perkhidmatan berkenaan – namun ia terhad untuk beberapa akaun terpilih sahaja, terutamanya kepada mereka yang mempunyai bilangan pengikut tinggi. Kini, Instagram mengumumkan sokongan tersebut akan diperkenalkan untuk semua pengguna seluruh dunia.

Komen Instagram

Melalui Instagram, kelak semua pengguna boleh memilih pada Advanced Settings sebelum menerbitkan sesuatu gambar, dan memilih untuk mematikan komen. Pengguna juga boleh mengaktifkan komen tersebut kembali untuk sebarang gambar pada bila-bila masa.

Disamping itu, untuk mereka yang menggunakan Instagram melalui akaun Private, anda kelak akan diberikan kelebihan untuk membuang seseorang pengikut daripada mengikut akaun anda. Pengguna tersebut akan menerima notifikasi yang anda membuangnya.

Kemaskini ini akan diperkenalkan oleh Instagram secara berperingkat kepada semua pengguna dalam minggu-minggu akan datang.


TIPS & ULASAN