Cari @ Amanz

(Ura-Ura) Samsung Galaxy S8 Menggunakan Skrin 2K Dan Tidak Menyertakan Butang Home

Oleh Aman

Link Copied!

Samsung telah diperkatakan beberapa kali sebelum ini yang mana mereka akan membuang butang Home pada telefon pintar akan datang mereka, Galaxy S8. Kini, sekali lagi laporan baru hadir mengatakan perkara sama, dan pada masa yang sama mengatakan sokongan pengimbas cap jari akan disertakan terus pada skrin Galaxy S8.

Samsung Galaxy S7 Edge

Bercakap mengenai skrin sendiri, Galaxy S8 dijangka akan mengekalkan penggunaan skrin 2K (2560×1440 pixel), tetapi dijangka menawarkan kualiti yang lebih baik dari segi paparan. Ini sekaligus dijangka bakal menawarkan pengalaman penggunaan realiti-maya yang lebih baik.

Selain daripada itu, Samsung turut dikatakan tidak akan menyertakan bicu audio 3.5mm, serta dijangka menyertakan fungsi pembesar suara stereo pada Galaxy S8 kelak.

Dengan ketirisan maklumat ini, mungkin kita akan melihat Galaxy S8 diumumkan secara rasminya sekitar Mac 2017 ini.


Komen ()