Cari @ Amanz

Tahun 2016 ialah tahun yang hangat terutamanya berkenaan isu bateri. Bermula dengan masalah kronik yang melanda Samsung Galaxy Note 7,  masalah kemudian melanda Surface Pro 3, dron GoPro Karma dan juga iPhone 6 di China. Persatuan Pengguna Shanghai mendakwa menerima lapan laporan iPhone 6 meletup. Apple kemudian mendakwa letupan berlaku kerana faktor luaran dan bukan atas sebab kerosakan pada komponen peranti.

iPhone 6 PlusIsu bateri pada peranti iPhone tidak terhenti di sini sahaja. Umun diketahui Apple mengumumkan program gantian bateri iPhone 6S bagi peranti yang dihasilkan di antara September dan Oktober 2015. Komponen bateri yang terdedah terlalu lama kepada udara mengakibatkan ia gagal menyimpan caj dengan baik. Selain daripada itu peranti mati secara tiba-tiba walaupun masih mempunyai caj yang tinggi. Apple mendapati ini berlaku kerana penggunaan pengecas palsu yang merosakkan cip yang membaca jumlah caj bateri di dalam peranti.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd