Lenovo Yoga Book Dilancarkan Dengan Harga RM 2599

Lenovo Yoga Book Dilancarkan Dengan Harga RM 2599

Diterbitkan pada Dis 7, 2016 oleh .

Lenovo Yoga Book dilancarkan September lalu di IFA Berlin. Tablet  2 dalam 1 dengan papan kekunci Halo merangkap panel sesentuh ini cuba membawakan inovasi rekaan yang tidak pernah dilihat sebelum ini. Apabila diperlukan papan kekunci QWERTY akan muncul pada pad sesentuh. Ini boleh dimatikan untuk mengubahnya kepada sebuah pad sesentuh untuk melakukan lakaran menggunakan stylus Real Pen.

Dari segi spesifikasi ia dilengkapi skrin sesentuh 10.1″ HD penuh, diperkasakan pemproses Intel Atom X5, RAM sebesar 4 Gigabyte dan storan 64 Gigabyte. Kamera utama pula sebesar 8 Megapixel dan kamera web sebesar 2 Megapixel. Bateri yang digunakan memberikan tempoh penggunaan sehingga 15 jam dan terdapat sokongan audio Dolby Atmos.

Terdapat versi Android dan juga Windows 10. Versi Android turut mempunyai model dengan sokongan LTE yang menggunakan SIM nano. Harga jualan di Malaysia ialah RM 2599 untuk kedua- dua versi Windows 10 dan Android. Setiap pembelian disertakan dengan sarung khas Yoga Book, stylus Real Pen dan buku nota magnetik.


TIPS & ULASAN