Cari @ Amanz

Selain tablet  2 dalam 1 Lenovo Yoga Book, tiga phablet turut dilancarkan untuk pasaran Malaysia hari ini. Kita mulakan dengan phablet Project Tango pertama iaitu Lenovo Phab2 Pro. Ia dilengkapi skrin 6.4″ IPS LCD QHD, pemproses Snapdragon 650. RAM sebesar 4 Gigabyte dan storan 64 Gigabyte. Sokongan kad MikroSD diberikan sehingga 128 Gigabyte.

Kemampuan kamera ialah kamera utama 16-Megapixel dengan kamera mengesan kedalaman dan pergerakan Tango. Kamera hadapan pula sebesar 8-Megapixel f/2.2. Bateri sebesar 4050 mAh disertakan dengan sokongan pengecasan pantas melalui port MikroUSB. Sistem audio Dolby Atmos disertakan bagi memberikan kualiti audio yang tinggi.

Lenovo Phab2 Plus dilengkapi skrin 6.4″ IPS LCD HD Penuh, pemproses MediaTek MTK8783, RAM sebesar 3 Gigabyte dengan storan 32 Gigabyte. Seperti Phab 2 Pro ia menyokong kad MikroSD sehingga 128 Gigabyte. Dwi kamera utama sebesar 13-Megapixel f/2.0 dipadankan dengan kamera hadapan 8-Megapixel f/2/2. Bateri 4050 mAh menjadi sumber kuasa. Sistem audio Dolby Atmos disertakan bagi penggemar audio.

Akhir sekali ialah Lenovo Phab2 dengan skrin 6.4″ IPS LCD HD, pemproses MediaTek MTK 8735, RAM sebesar 3 Gigabyte dan storan 32 Gigabyte. Bagi yang memerlukan penambahan ruang storan kad MikroSD sehingga 128 Gigabyte boleh digunakan. Kamera utama sebesar 13-Megapixel dipadankan dengan kamera hadapan 5-Megapixel. Bateri juga 4050 mAh seperti dua model Phab 2 yang lain.

Ketiga-tiga peranti menggunakan Android Marshmallow dan mempunyai fungsi rakaman kamera AR. Fungsi AR yang disertakan ini sama seperti yang dilihat sebelum ini pada peranti Sony Xperia. Terdapat paparan haiwan, dinosaur dan pari-pari yang boleh dimanipulasi oleh pengguna. Harga jualan ialah RM 1899 untuk Phab2 Pro, 1299 untuk Phab2 Plus dan RM 899 untuk Phab2. Kesemuanya akan mula dijual pada pertengahan bulan ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd