CIMB EVA Diperkenalkan – Bot Untuk Urusan Perbankan Asas

CIMB EVA Diperkenalkan – Bot Untuk Urusan Perbankan Asas

Diterbitkan pada Dis 7, 2016 oleh .

CIMB EVACIMB kini telah menerbitkan salah satu aplikasi baru mereka, dinamakan sebagai CIMB EVA. Seperti pernah dikongsikan sebelum ini, CIMB EVA dilihat sebagai salah satu bot yang dibangunkan oleh pihak CIMB dalam membuat beberapa urusan perbankan asas.

CIMB EVA dilihat diterbitkan untuk Android buat masa ini, dimana ia merupakan sebuah aplikasi khusus dan memerlukan pengguna log masuk menggunakan akaun CIMBClicks.

Urusan log masuk sendiri akan dilakukan melalui penggunaan bot, dan pengguna boleh melakukan beberapa urusan perbankan seperti menyemak baki akaun, membuat pembayaran bil dan membuat tambah-nilai prabayar menggunakannya.

CIMB EVA

Kami sendiri telah mencuba aplikasi ini hari ini, dan dilihat urusan seperti menambah-nilai prabayar adalah lebih mudah dan pantas berbanding dengan menggunakan perkhidmatan CIMB Clicks itu sendiri.

Berkemungkinan kelak kita akan dapat melihat lebih banyak fungsi diintegrasikan oleh CIMB pada aplikasi CIMB EVA ini.

Anda yang berminat, boleh memuat-turun aplikasi ini dari Google Play Store hari ini.

Muat-Turun CIMB EVA untuk Android


TIPS & ULASAN