Cari @ Amanz

Musim cuti sekolah dan cuti akhir tahun bermula lagi. Ramai antara pengguna akan membeli tiket bas baik untuk pulang ke kampung halaman, untuk melancong, dan pelbagai lagi. CatchThatBus, peneraju jualan tiket bas atas talian kini telah menawarkan pilihan pembayaran secara COD (Cash On Delivery) bagi memudahkan pengguna.

Sebelum ini CatchThatBus menyokong transaksi secara atas talian dan ini sememangnya telahpun memudahkan pengguna. Namun menyedari masih terdapat pengguna yang inginkan proses tersebut dengan lebih mudah dan mahukan pilihan pembayaran tunai, bermula hari ini pilihan sebegini akan wujud untuk pembeli tiket CatchThatBus di sekitar Lembah Klang. Pengguna boleh menempah tiket, dan tiket tersebut akan dihantar oleh MobileWaiter iaitu rakan kerjasama untuk proses penghantaran. Pengguna boleh membayarnya sejurus selepas menerima tiket tersebut.

Pilihan pembayaran secara COD ini terdapat menerusi halaman rasmi CatchThatBus, dan juga menerusi aplikasi mereka. Dengan pilihan ini, anda bukan sahaja dapat memilih syarikat bas dan juga tempat duduk, malah tidak perlu lagi bersusah-payah beratur dan keluar dari rumah mendapatkan tiket bas. Menurut CatchThatBus, mereka juga menyediakan kaunter tiket di beberapa lokasi seperti Melaka, Kuantan dan juga Ipoh

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd