Cari @ Amanz

Selain pengenalan aplikasi CIMB EVA, pihak CIMB juga kini dilihat telah menjenamakan semula aplikasi CIMB Deals untuk Android menjadi CIMB Pay – sekaligus menawarkan kemudahan untuk membuat pembayaran menggunakan telefon pintar.

Menggunakan CIMB Pay, pengguna akan perlu menambah kad kredit atau debit CIMB terlebih dahulu, dan seterusnya anda boleh membuat pembayaran di pelbagai kedai seluruh negara dengan hanya sentuhkan telefon pintar anda sahaja.

CIMB Pay

Melalui CIMB Pay, ia menyokong kedua-dua kad VISA dan juga MasterCard. Seperti biasa, pengguna boleh menggunakan ia pada beberapa terminal yang menerima pembayaran berasaskan NFC sahaja, selain memerlukan telefon pintar dengan sokongan tersebut.

Selain CIMB, pihak Maybank juga turut menawarkan aplikasi lebih kurang sama dinamakan Maybank Pay, dan Samsung dalam persediaan untuk melancarkan perkhidmatan Samsung Pay di Malaysia.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd