Rahsia Selfie Jelita Dengan Kamera Hadapan 20MP Pada vivo V5

Rahsia Selfie Jelita Dengan Kamera Hadapan 20MP Pada vivo V5

Diterbitkan pada Dis 13, 2016 oleh .

Peranti yang memfokuskan kepada selfie cukup sinonim pada pasaran masa kini dengan pelbagai tawaran yang hadir daripada pengeluar. Kita boleh lihat beberapa contoh seperti OPPO menerusi siri OPPO N1 dan N3 mereka melalui fungsi kamera belakang yang boleh diputarkan untuk mendapatkan selfie yang memuaskan. Begitu juga dengan siri OPPO F1, mereka menawarkan kamera setinggi 16MP pada F1 Plus bagi mendapatkan pengalaman selfie terbaik.

Pasaran dengan fokus terhadap selfie ini masih diteruskan oleh sebuah lagi pengeluar iaitu vivo menerusi vivo V5 dengan kehadiran kamera hadapan setinggi 20MP. Seperti yang diketahui, megapiksel bukanlah segala-segalanya namun teknologi sensor yang hadir pada peranti ini bukanlah calang-calang. Ia membawakan sensor imej Sony IMX376, aperture f/2.0, bersama saiz sensor 1/2.78″ dalam meningkatkan kualiti selfie pada peranti mudah-alih.

Apa yang menjadi fokus pada peranti ini adalah fungsi Softlight Selfie yang mana dibantu melalui kehadiran LED flash pada bahagian hadapan. Ia menawarkan kesan pencahayaan yang amat terang seolah-olah anda menggunakan pencahayaan profesional seperti di dalam studio. Dengan penghasilan selfie yang amat terang, perkara ini meyakinkan Dato’ Siti Nurhaliza selaku duta vivo V5 menggunakan peranti ini sebagai peranti pilihan untuk selfie.

Menariknya, ia diaktifkan secara berterusan sebaik sahaja peranti menganalisa keadaan cahaya malap pada persekitaran sekeliling. Bermakna, lampu LED ini akan sentiasa dibuka ketika menggunakan fungsi kamera hadapan dan bukan hanya sekadar “flash” ketika gambar sedang diambil. Dengan lampu flash Softlight sebegini, cahaya yang jatuh pada permukaan wajah tidak ‘tajam’, dan menghasilkan imej yang bukan sahaja nampak lebih cantik, malah professional.

Selain daripada teknologi kamera, pihak vivo juga turut meningkatkan kualiti selfie peranti ini melalui penambahbaikan perisian menerusi fungsi Beauty Mode 6.0. Ia menawarkan hasil wajah yang lebih baik dengan pengurangan kesan parut dan jerawat pada muka secara automatik tanpa perlu melakukan sebarang tetapan.

Melalui Beauty Mode 6.0 ini juga, vivo turut menawarkan fungsi One-tap makeover bagi membolehkan pengguna mengubah saiz bentuk muka anda. Ia hadir dengan tiga kawalan bentuk wajah seperti buffing, enlarging, dan slimming untuk dipadankan pada selfie yang diambil. Seperti contoh, sekiranya anda merasakan pipi anda tembam, atau ingin menampakkan ciri-ciri kulit muka yang lebih licin, anda boleh mengawalnya dengan mudah tanpa kelihatan palsu atau ‘over’.

Beberapa fungsi bantuan selfie yang lain turut hadir seperti Palm Shutter yang membolehkan anda mengambil selfie dengan hanya menunjukkan isyarat tangan. Sekiranya anda tidak mempunyai akses untuk menggunakan Palm Shutter, ia juga hadir dengan fungsi alternatif melalui Voice Shutter yang membolehkan selfie diambil dengan hanya menyebut perkataan “cheese”.

Selain daripada fungsi selfie, spesifikasi peranti ini juga dilihat pantas untuk penggunaan harian seperti kehadiran cip MediaTek lapan-teras 64-bit bersama penggunaan memori setinggi 4GB RAM. Kebanyakan peranti terkini masakini juga mempunyai pengimbas cap jari bagi menambah tahap sekuriti. Ia juga hadir dengan pengimbas cap jari pada bahagian hadapan yang amat pantas dengan masa tindak balas sekitar 0.2s sahaja untuk menyahkunci peranti anda.


vivo V5 adalah sebuah peranti yang amat disyorkan bagi anda yang begitu menggemari dengan fungsi penggambaran selfie. Kamera hadapan 20MP bersama sensor imej Sony IMX376 adalah gabungan sempurna untuk mendapatkan selfie yang menyerlah tidak kira pada waktu siang mahupun pada waktu malam. Dengan prestasi harian yang lancar, ia sebuah peranti yang seimbang untuk anda yang inginkan kedua-dua aspek iaitu selfie dan peranti berprestasi pantas dalam satu pakej peranti pintar.

Beli: vivo v5

Penafian: Advertorial dari vivo Malaysia


TIPS & ULASAN