Sony Mengumumkan Project Field – Membawa Permainan Kad Ke Arena Digital

Sony Mengumumkan Project Field – Membawa Permainan Kad Ke Arena Digital

Diterbitkan pada Dis 7, 2016 oleh .

Seperti ramai sedia maklum, walaupun perkembangan arena digital kian pesat, permainan menggunakan kad fizikal masih popular. Terkini, dalam usaha menyatukan arena kad fizikal ke dunia digital, Sony memperlihatkan pembangunan terbaru mereka dinamakan Project Field.

Melalui Project Field ini, setiap kad permainan hadir dengan sokongan NFC yang menyertakan data tersendiri, yang mana boleh diletakkan pada sebuah pad khusus. Ia kemudian dihubungkan ke telefon pintar dan tablet, dan memperlihatkan permainan dalam bentuk digital.

Sony Project Field

Pemain juga boleh mengerakkan kad pada pad berkenaan – yang mana akan memperlihatkan gerakan dan kesannya terhadap permainan berkenaan secara digital.

Permainan pertama dibawah Project Field ini adalah Yo-Kai Watch. Namun, pihak Sony tidak mengumumkan bilakah ia bakal dilancarkan pada peringkat global.


TIPS & ULASAN